nuffnang

Wednesday, March 7, 2012

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.

Dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan
Surah Al-Anbiya' ayat 35

Sengaja entri kali ini dimulakan dengan petikan surah di atas. Ada signifikannya dengan intipati entri kali ini. Dah sekian lama blog tidak di-update. Bukannya takde idea tapi macam biasa la. Takde keinginan untuk menaip lantas bercerita tentang kehidupan sehari-hari. Walaupun sedar blog ini hanyalah dicipta semata-mata mengikut trend anak muda zaman kini, yang menjadikan blog sebagai wadah penceritaan saban hari, juga sebagai catatan harian, tapi dek kerana sifat malas yang seringkali membelenggu diri, maka tiadalah entri baru sejak sekian lama. 

------------------------------------------------------

Jumaat tu, saya ditugaskan untuk mengambil adik bongsu saya di rumah sewa dia somewhere kat Indera Mahkota, Kuantan. Normally kalau adik nak balik, abah yang akan pi amik. Tapi sebab abah ke Terengganu on that day, saya pon terpaksa la pi amik. Dalam pukul sebelas camtu, adik mesej soh amik dia. Saya pon bagi taw akak kat opis yang saya nak kuar pi amik adik. So saya pon dengan hati riang gembira drive le lelaju  sebab nye kalau drive sensorang @ dengan adik2 je boleh drive lelaju. Kalau dengan mak abah, depa konfem bising punye. Especially mak. Huhuhuhu.

So in less than 20 minutes saya pon sampai la kat umah sewa adik. Tunggu dia jap. Tak lame pastu dia pon kuar dari rumah dia dan masuk kereta. Dengan muka lesunya. Rupanya baru bangun tido. Hampeh. Saya pon ajak dia pi lunch kat luar sebab takde sape kat umah. Mak pi umah sepupu dia sebab ada kenduri. Yang tak leh blah nya dengan adik saya ni is bila saya ajak dia pi makan, dia boleh cakap "mana ada duit nak pi makan". Alololo. Dah aku ajak tu makne nya aku belanja la. Hehehehe.

So kami pon memecut la ke pusat bandar. Chewah. To be exact, kami ke Mega Mall nak pekena pizza. Sebabnya saya tak penah lagi belanja si adik bongsu ni makan kat pizza. Aritu pon tapau untuk dia. So ni saje la nak kasi dia sedap ati. Belanja dia. Hehehehe. Kakak yang baek la kan. Oleh kerana cuaca yang agak panas, saya pon malas la nak parking kat tempat biase. Saya pon naek parking kat atas. Memang challenging sket park kat atas tu. Tambah bawak manual. Tapi saya dah pernah naek situ so macam confident la nak naek lagi. 

Malang tak berbau. Saya ni jenis yang malas sket pusing stereng so dengan tak semena-mena bumper depan kereta tergesel dengan dinding tempat nak naek parking tuh. Perasaan masa tu tak payah cakap la. Panik juga la. Tapi syukur sebab ramai sangat2 yang datang membantu. Syukur juga sebab saya berdua dengan adik bongsu. Jadi takde la saya panik sangat2. He chill me up. Saya tak sempat nak terima kasih kat abang2 n pakcik2 yang dah tolong kami mase tu. Jasa kalian hanya Allah s.w.t je yang mampu balaskan. 

Walaupon dah selamat dan semua nye ok2 je, hati saya langsung tak tenteram. Memikirkan apa yang bakal mak abah bising nanti. Walaupon itu kereta saya sendiri tapi still la kan. Bimbang la juga kot2 mak abah bising. Saya sungguh macam tak keruan dah. Makan pon macam nak taknak je. Suddenly saya teringat tentang satu terjemahan ayat dari surah mana saya tak berapa pasti (isshh....bila ayat Quran je susah trus nak ingat) tapi lebih kurang macam ni terjemahan dia :
Tidak dikatakan beriman seseorang itu selagi dia tidak diuji.
Ayat tu seriously dapat tenangkan hati saya. Tenang setenang tenangnya. Saya bersyukur dengan ujian yang Allah s.w.t bagi pada saya ni. Mesti ada hikmahnya. Allah s.w.t juga telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud :
Allah tidak memberi kesusahan kepada seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.

Dia Maha Tahu bahawa saya mampu nak hadapi semua ni. Maka Dia uji saya. Alhamdulillah. Walau berat macam mane pon ujian itu, saya tahu Dia sentiasa ada bersama saya. Dia sentiasa di sisi saya. InsyaAllah.

Tapi segala scratch tu camne nak hilangkan. Nak anto bengkel pon tak taw bengkel mane nak pegi. Kang nanti kene tipu camne. So kami (saya dan adik bongsu) ikhtiarkan sendiri. Pegi cari scratch remover kat Mydin. Jumpa. Rembat satu. Cari sponge nak sapu remover tu. Jumpa. Rembat gak. Pastu pusing lagi. Cari spray kaler hitam sebab kereta warna hitam. Jumpa. Rambat juga. Pastu takde pikir panjang dah. Terus pi kaunter bayar. Semua sekali tak sampai RM 20 pon. So misi meng-remove-kan scratch pon was about to begin.

Kami tak buat kat rumah bimbang kantoi so pegi kat somewhere over the rainbow (over..) to selesaikan misi tersebut. Letih ooiii. Bukan sikit2 scratch nye. Besau2 juga pulak tu. Tapi alhamdulillah la. Tak la seteruk masa mula2 kena tuh. Thanks to my adik bongsu la. Dia yang banyak buat kerja. Saya kuar duit beli barang je. Hehehe.

Pastu balik rumah mak dah ade. Nasib baek mak tak nampak lagi. Lewat petang tu juga kami kuar pi beli dinner, so pastu selesaikan lagi kerja yang tertangguh tadi. Kali ni nak apply spray plak so that takde la obvious sangat lepas dah remove scratch tu. Dan alhamdulillah. Hasilnya memuaskan hati. Padanlah dengan kos RM 20 je. Hehehe.

sebelum

selepas

Can you see the difference ?? Hehehe. Alhamdulillah.

Sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Mak abah pon dah taw sekarang. Nasib la depa tak bising sangat. Tapi rase nye kalo tengok mase lepas kena tu bising juga kot. Hehehe. Tapi alhamdulillah Allah mudahkan semua urusan. Syukur.
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "Kami Beriman" sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang2 yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang2 yang benar2 beriman dan nyata pula apa yang diketahuinya akan orang2 yang berdusta.
Surah Al-Ankabut ayat 2 - 3

Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu, barang siapa yang redha dengan ujian yang menimpa, dia akan memperolehi keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.
Riwayat Al-Tirmidzi

 Till then . . . . Take care people . . . . May Allah bless us all . . . . InsyaAllah . . . .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...