nuffnang

Tuesday, July 12, 2011

A M A L

Assalamualaikum Good People

surah ape yang korang selalu dengar....??surah ape yang korang selalu jadikan halwa telinga....??surah ape yang selalu korang amalkan baca.....??well....banyak surah yang elok diamalkan dek kerana fadhilatnya yang cukup banyak....macam arini, aku nak share pasal surah AL-MULK....

surah Al-Mulk (yang membawa maksud kuasa pemerintahan) merupakan surah yang ke-67 di dalam 
Al-Quranul Karim dan mempunyai 30 ayat. antara kandungan surah ini ialah ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah s.w.t iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. 

terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w yang menyatakan tentang fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tirmizi, An Nasa'i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud :

"Sesungguhnya di dalam Al-Quran terdapat 30 ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu 
Surah Al-Mulk"

mengikut satu hadis, seseorang yang membaca dua surah iaitu surah Al-Mulk dan As-Sajdah di antara sembahyang Mahgrib dan Isyak adalah umpama seseorang yang mendirikan solat di sepanjang malam 
Lailatul Qadar. jika seseorang itu membaca surah Al-Mulk dan As-Sajdah, 70 kelebihan akan diperolehinya dan 70 dosa-dosa akan dihapuskan. 

so korang sume...marilah same2 kita amalkan surah Al-Mulk ni...tapi surah2 lain pon janganlah kita x amik peduli pulak...setiap surah di dalam Al-Quran itu punya fadhilatnya yang tersendiri....


till then....take care people.....God Bless....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...