nuffnang

Monday, August 8, 2011

LATIH TUBI SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum Semua

Matahari mula terbenam, langit mula kelihatan merah dan azan Maghrib pula berkumandang sayu....
Allahuakbar Allahuakbar!!

Muazin masih setia menunaikan tugas Bilal bin Rabah, mengajak umat Islam menunaikan solat dan menuju kejayaan.....
Syaitan tidak lagi bebas dek dirantai.....
Bermula lah hari baru 1 Ramadhan.....

Sebaik sahaja bermula Ramadhan, biasanya jarang-jarang ada lagi Muslim yang masih diluar rumah dan pulang lewat.....
Rata-rata akan memastikan diri sudah berada di rumah......
Sekelip mata sahaja, masjid-masjid dan surau-surau akan dipenuhi jemaah yang bersedia mengalukan kedatangan Ramadhan dengan solat terawih....

Sedar atau tidak, sebenarnya sepanjang Ramadhan kita banyak melakukan latih tubi......
Latih tubi ialah ibadah yang dilakukan secara mendadak dan berterusan sepanjang sebulan secara insentif.....
Kini rutin biasa berubah menjadi luar biasa......

Antara ibadah yang bersifat latih tubi ialah:

  • Puasa dengan menahan lapar dan dahaga
  • Solat sunat seperti Tarawih, Witir, Tahajud dan sebagainya
  • Melazimkan solat berjemaah di masjid atau surau
  • Membaca al-Quran dan bertadarus
  • Iktikaf
  • Berzikir
  • Menambah ilmu melalui pelbagai medium
  • Bangun awal, seawal jam 5 pagi untuk bersahur
  • Mengurangkan hiburan
  • Banyak bersedekah
  • Beribadah bersungguh-sungguh pada 10 malam terakhir Ramadhan
  • Menunaikan zakat fitrah   

Seperti mana latih tubi intensif bagi menghadapi peperiksaan, maka latih tubi pada bulan Ramadhan adalah persediaan untuk kita menjadi Muslim yang lebih bertakwa, manghadapi hari-hari yang penuh cabaran dan ujian selepas Ramadhan nanti......
InsyaAllah......


sumber: Solusi Edisi Khas Isu #34 Telaga Biru Sdn. Bhd.



till then.....take care people.....SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA....n God Bless.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...