nuffnang

Monday, December 12, 2011

D O A #3

Ya Allah . . . .
Jika aku jatuh cinta
Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu
Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.

Ya Muhaimin . . . .
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya tertaut padaMu
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana . . . .
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati . . . .
Jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalanMu.

Ya Allah . . . .
Jika aku menikmati cinta kekasihMu
Janganlah kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah . . . .
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah . . . .
Jika kau halalkan aku merindui kekasihMu
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Amiin…

Thursday, December 1, 2011

A Thousand Years

Assalamualaikum Semua

just nak share my current fav song je
:)



heart beats fast
colours and promises
how to be brave
how can I love when I'm afraid to fall
but watching you stand alone
all of my doubt suddenly goes away somehow
one step closer

I have died everyday waiting for you
darling don't be afraid I have loved you
for a thousand years
I love you for a thousand more

time stands still
beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
what's standing in front of me
every breath 
every hour has come to this
one step closer


I have died everyday waiting for you
darling don't be afraid I have loved you
for a thousand years
I love you for a thousand more

all along I believed I would find you
time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I love you for a thousand more


one step closer
one step closer

 I have died everyday waiting for you
darling don't be afraid I have loved you
for a thousand years
I love you for a thousand more

all along I believed I would find you
time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I love you for a thousand more

till then . . . . take care people . . . . May Allah Bless Us All . . . .

Tuesday, November 29, 2011

Aisha Nak Kawen Tak . . . ? ?

Assalamualaikum Semua

since 2 3 hari lepas lagi 
saya dah ada something nak share kat sini
tapi oleh kerana adanya kekangan yang terhampar luas
hari ni baru saya berpeluang nak tulis sesuatu di sini

beberapa bulan yang lepas 
setelah berlaku nya pelantikan AJK yang baru di sini
saya menjadi sangat rapat dengan salah seorang AJK baru ni
mule2 jujurnya saya macam tak berapa senang dengan dia
sebab nya selalu sangat nak wat perubahan yang terlalu drastik dalam persatuan kami
bagi saya kena lah slow2 kalau nak wat perubahan sekalipon
dan yang paling penting is persetujuan semua AJK

satu hari tu, DS ajak saya dan KZ ikut dia ade high tea di Melaka
tanpa disangka Auntie AJK baru tu DS ajak juga
 ( senang cerita saya bahasakan dia sebagai Auntie la ek )
dan sepanjang perjalanan ke Melaka tu saya tido je
bosan kot
dan sampai la ke Melaka
atau lebih tepat lagi ke resort tempat high tea tu diadakan
sampai je trus masuk bilik
solat dan bersiap untuk attend high tea tu
and of course together with Auntie & KZ
DS dah pergi dulu memandangkan dia VVIP dalam event tu

high tea yang sangat boring
jadi saya dan KZ pon balik bilek je la
tinggalkan majlis yang maseh belum ke penghujungnya lagi
tak lama kemudian Auntie pon masuk bilek juga
dan kami pon sembang2 dengan sangat mesranya
dan sampailah ke satu saat di mana
berlakunya perbualan seperti di bawah :

" Aisha nak kawen tak . . . ? ? ? "

" Huh . . .kawen . . . ? ? ? "

" Yela . . .Aisha nak kawen tak . . . ? ? ? "

" Ermm . . .sapa yang taknak kawen kan . . . ? ? ? Sume orang pon nak kawen . . . hehehehe "

" Auntie ade anak saudara taw . . . Dia sekarang ni tengah cari calon isteri . . . And he's working as an accountant in KL . . . "

not bad nih
cerah mase depan kalo kawen dengan dia nih
huhuhuhhu
tapi saya senyap je bile Auntie told me that
   takut nanti kalo cakap banyak laen plak jadi nya
so senyap je la
dan kepala otak ni macam2 dah pikir

"....aku ni nak kawen dah ke.....??"

  ".....agak2 mak abah kasi ke kalo aku nak kawen nih ek......??"

"......agak2 ensem tak anak saudara Auntie nih ek......??"

"......agak2 boleh dak aku jadi bini orang ni......huh.....??"

dan macam2 la lagi persoalan yang dok singgah kat benak nih
dan sepanjang perjalanan pulang dari Melaka ke Kuantan tuh
saya asyik jadi bahan gurauan depa je la
sampai tak larat dah kot nak layan

dan setelah kembalinya ke Kuantan
saya ingat dah tak de pape dah
kire nye abes kat Melaka je la kes kawen2 nih sume
rupe nye tidak
tiap kali Auntie singgah opis mesti dia dok panggil saya menantu
sampai semua orang kat opis ni macam dah taw
Auntie nak bermenantukan saya
tapi saya macam endah tak endah juga laa
sampai la suatu hari Auntie datang dan ajak saya duduk berbincang

" Aisha janganlah amik hati ye . . . Auntie gurau2 je . . . "

" Eh . . . Serius saya tak kesah . . . Takde hal la Auntie . . . "

so lepas dari tu
saya langsung tak pikir pape dah la
kirenya semua persoalan yang pernah singgah kat benak saya tu pon hilang laa 
saya pon terus menjalani hidup sepeti biasa
chewah ;p

tapi tak lama pastu saya tak tahu kenapa tapi 
hubungan antara saya dengan Auntie dah makin renggang
kalo dia datang opis pon, we barely talk
sayakonfis kenapa tapi saya wat tak tahu je la
sampai la satu hari tu
saya tengah jenjalan dengan adik saya
suddenly Auntie mesej saya 

" Aisha . . .Jadi tak nak jadi anak saudara Auntie . . . ? ? "
" Anak saudara Auntie ada datang dari KL ni . . .Dia pon ade tanya ada sape2 tak untuk di-introduce-kan pada dia . . . "

apa jadah plak Auntie ni
pening btol
aritu mulut dia sendiri yang cakap semua tu gurauan je
so memang saya tak amik port langsung laa pastu

" Ermmm . . .Takpe la Auntie . . . Saya sebenarnya tak pikir pon lagi soal kawen ni . . . ."

 so semuanya berakhir la di situ
saya akui
saya memang nak kawen
well.....sapa yang tak nak kawen kan
cume nya saya belum sedia lagi
saya rasa banyak lagi benda laen dalam hidup ni yang perlu saya beri lebih perhatian
mak abah saya sebagai contohnya
jasa depa pon saya tak sempat balas lagi
dan banyak la lagi my personal excuses
dan yang paling penting sekali is
saya tahu yang saya maseh belum ready

so ever since then
Auntie pon dah jarang bertegur sapa dengan saya
tak pon saya yang jarang bertegur sapa dengan dia
kadang2 ter-wondering juga
mana silap nye

till then . . . . take care people . . . . May Allah Bless Us All . . . . 

Wednesday, November 23, 2011

Mencari IMAN Lebih Baek Dari Mencari CINTA

Assalamualaikum Semua

Jika orang laen sibuk mencari C I N T A , biarlah kita mencari I M A N kerana cinta tak menjaga iman, tetapi iman akan selalu menjaga cinta 

indah bukan kata2 di atas ??
saya pinjam dari kawan fb saya
dan share kan di sini kerana saya rasa saya benar2 terkesan dengan statement tu

saya seorang yang single dari sebarang hubungan romantik
setelah hampir 6 tahun menyibukkan diri dengan dunia ber-couple
akhirnya saya dengan relanya mengakhirinya
tanpa sebarang paksaan mahupun halangan
itu keputusan yang saya buat sendiri tanpa berbincang dengan si dia terlebih dahulu
sebab saya berasakan bahawa ini adalah hidup saya dan biarlah saya memilih jalan yang terbaek untuk saya
walaupun saya tahu akan ada hati yang terluka 
namun saya nekad dengan keputusan saya
I NEED TO END THIS

sebenarnya saya bukanlah membuat keputusan dengan membabi buta
i've done so much thinking
saya juga minta pendapat kawan2 rapat saya
dan mereka hanya mampu menyokong sebarang keputusan yang saya buat
saya ingin mengakhiri perhubungan itu bukan lah kerana saya sedar bahawa ber-couple itu haram di sisi agama
bukan
bukan sebab itu
tapi kerana si dia berada terlalu jauh dari saya dan saya tak suka hubungan jarak jauh
dan saya semakin sedar bahawa saya dah tak boleh nak beri komitmen pada hubungan tu
sebelum saya suarakan keputusan saya untuk mengakhiri hubungan tu
saya sempat berfikir
ANDAI SETELAH PUTUS DENGAN DIA, AKU AKAN SENDIRIAN SEUMUR HIDUP, TANPA CINTA SEORANG LELAKI, AKU REDHA

namun ever since saya putus dengan si dia
saya sentiasa berdoa agar ALLAH kurniakan saya seorang suami yang baek untuk dunia dan akhirat saya
saya mula sedar dan baru tahu sesungguhnya BER-COUPLE ITU HARAM DI SISI ISLAM
saya dah tak perlukan seorang lelaki untuk dijadikan boyfriend

yang kononnya akan sentiasa ada untuk saya

yang kononnya mencintai saya lebih dari segalanya

yang kononnya akan sentiasa menjaga saya

yang kononnya tak boleh hidup tanpa saya

tapi saya perlukan seorang lelaki yang layak bergelar husband

yang pastinya akan sentiasa ada untuk saya

yang pastinya mencintai saya selepas Allah, Rasulullah dan ibubapanya

yang pastinya akan sentiasa menjaga saya

yang pastinya memerlukan saya dalam hidupnya

itu lah yang saya perlukan

A HUSBAND NOT A BOYFRIEND

tapi saya tahu jodoh saya masih dalam perjalanan yang panjang menuju saya
saya yakin jodoh saya sedang mempersiapkan iman nya untuk nanti menjadi imam saya
maka datanglah kesedaran untuk saya juga mempersiapkan diri
seperti dalam firman Allah s.w.t dalam surah An-Nur ayat 26


yang bermaksud :

" (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baek untuk lelaki-lelaki yang baek, dan lelaki-lelaki yang baek untuk perempuan-perempuan yang baek. Mereka (yang baek) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat) dan mereka (yang baek) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah s.w.t) dan pengurniaan yang mulia "

dan juga marilah kita sama2 amalkan doa Nabi Zakaria a.s yang dipetik dari surah Al-Anbiya' ayat 89 


yang bermaksud :

" Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku, hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baek "

juga doa ini yang kini sering menitip di bibir saya :)
di petik dari surah Furqan ayat 74


yang bermaksud :

" Dan juga mereka yang diredhai Allah itu ialah orang-orang yang berdoa dengan berkata : " Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami sebagai penyejuk mata kami. Dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang yang bertaqwa "

jadi apa yang dapat saya simpulkan kali ini adalah
Mencari IMAN Lebih Baek Dari Mencari CINTA
kerana sesungguhnya IMAN dapat melindungi CINTA
sedangkan CINTA tidak dapat melindungi IMAN

janganlah kiranya wujud perasaan berkecil hati kerana tiadanya cinta manusia di hati kita
kerana cinta manusia might lead to no where
asal saja ada cinta dari Sang Pencipta Cinta
itu sudah memberi sejuta rahmat buat kita hambaNya
saya juga bukanlah seorang yang sempurna untuk menasihati kalian 
kerna saya juga manusia biasa yang tak pernah lari dari melakukan dosa 
tapi saya teringat pada satu quotation by Imam Hasan Basri

Sesungguhnya bila aku menasihati kamu, bukanlah bererti aku lah yang terbaek dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.

till then . . . . take care people . . . . May Allah bless us all . . . .  

Friday, November 18, 2011

Menjawab Soalan Mereka

Assalamualaikum Semua

dah terlalu lama rasenye saya tak bke blog sendiri
slalu blogwalking je
huhuhu
tetibe rini tengok ade plak bebudak >> INI dan INI JUGA
nge-tag-kan saya di blog mereka
untuk menjawab 11 soalan yang kasi pening kepala ni
huhuhu
so korang
ni la jawapan nye

How To Play(Rules)
1) Anda perlu post undang2 ni kat post korang gak..
2) Korang perlu bagitau ttg sifat korang atau ttg diri korang *palsu pon xpe
3) Korang perlu jawab 11 soklan yg diberikan* cam peperiksaan jer
4) Slps siap jwb, korang perlu reka 11 soklab korang punya sendiri
5) Korang perlu tag sesiapa sajer yg korang suka *tak kuase i..*
6) Beritahu org yg anda tlah tag di shoutbox diorang
7) Tak de tag balik

Tentang Saya 

@ Saya seorang yang sangat peramah sebenarnye...huhuhu....tapi ramai orang tak tahu...bahkan mereka menganggap saya sangat sombong....  

@ Saya suka blogwalking tanpa tinggalkan jejak....maka orang tak taw saya singgah blog depa....tiap2 hari kot...hahaha

@ Saya seorang stalker taw.....tapi a good one......hahaha...ade ke ek.....???

@ Saya suka make-up....like suke sangat2 taw....selalu tengok Michelle Phan & Promise Tamang Phan pnye tutorials on Youtube.....hehehehe

@ Saya paling malas nak cuci make-up walaupun suke bermake-up...typical....hehee

@ Saya suka masak tapi malas masak.....tunggu mood datang bru leh masak....kalo tak, memang tak laa...

@ Saya single.....hahahaha

@ Semua orang tahu saya suke kucing tapi takde orang tahu dulu saya sangat takut dengan kucing sebab saya pernah mimpi kucing kejar saya keliling kereta abah saya...hehehe

Ni je la kot yang saya dapat share... :)
Sekarang saya nak jawab soalan tag pulak... :)

11 Soalan orang yg di tag WAJIB jawab:

1. Perkara ape yg korang rase best bile buat mase kecik, tapi dah besa skerang korang rase perkara tu sangat bodoh.
>>> Mase kecik dulu slalu maen lumba panjat tiang...mase tu rase memang super duper awesome laa game   tuh...tapi bile dah tua2 ni mule la rase, jadah ape dok maen panjat tiang...hahahaha
  
2. Berape kali korang penah tengking dan berlaku kasar terhadap broadband/modem internet korang?
>>> Honestly memang tak pernah laa...sebab saya xde broadband/modem internet sendiri....gune yang ofis je...hahaha...makanya xpenah la dok tengking dan berlaku kasar terhadap broadband/modem internet sendiri...huhuhu 

3. Masakan paling mengerikan korang penah makan ape?
>>> Sushi kot....hehehe...

4. Perkara paling nakal pernah korang buat?
>>> Rase macam takde je...sebab saya ni baek budak nye...hahahaha

5. Manakah bahagian badan korang yg korang nak "modify".
>>> Of coz la kaki...nak kasi panjang sket so that nampak tinggi sket....hehehehe

6. Lawak yg paling berjaya korang pernah buat?
>>> Xde kot....normally lawak yang saya buat tu memang  lawak tapi malangnya dapat kawan2 yang blur...tak paham lawak....

7. Siape dalam banyak2 orang yang terkena kata2 paling kesat dan terok dari korang?
>>> Huh..payah nak jawab ni....sebab saya tak la simply lontarkan kata kesat kat orang....

8. Berapa banyak mamat/minah yg tak seda bertapa ruginye tak menyambut cinta korang?
>>> Ramai kot....hahaha...almost 20 kot....huhuhu...sebab dulu saya selalu minat orang tapi senyap2 je...huhuhu

9. Lagu apa yg mmbolehkan korang muntah2?
>>> Tak de pong...

10. Berapa lama korang habiskan sisa hidop korang na jawab soklan2 ni?
>>> Lame juga kot....bukan pon sebab soklan ni mencabar minda tapi banyak ganguan di pejabat ni haa....hehehehe

11. Sila lengkapkan ayat dibawah:
"Aku rase soklan ni semua menarik giler kot kerana........." soalan ni direka oleh orang yang super duper awesome iaitu Sapit....hahahahaha    (tidak melebihi 5juta patah perkataan)


11 soalan lagi yang wajib jawab

1) Berapa kalikah laptop/komputer korang rosak kerana kesilapan korang?
>>> Rase nye macam tak pernah kot sebab normally laptop jahanam atas angkara orang laen...hehehe

2) Berapa kalikah anda memenangi wrestling ngan adik/abang/kakak korang?
>>> Tak pasti tapi paling konfem penah menang sekali mase wrestling dengan abang mase kecik dulu....dapat terajang perut abang sampai dia melekat kat dinding bilik....hehehe...tapi kadang2 terpikir juga...betul ke idak ye...sebab rasa macam mimpi je...huhuhu
 
3) Filem apa yg pernah korang tengok dan terasa sahja nak baling sesuatu benda terhadap filem itu?
>>> Disaster Movie kot...sebab cite tu bodoh amat....hahaha

4) Lagu apa yg anda minat mase kecik,apabila anda dah besar korang rase lagu tu sungguh hampeh?
>>> Takde pong....sebab semua lagu yang saya minat mase kecik, sampai sekarang saya masih minat...hihihihi

5) Berapa kali korang pernah karate seseorang kerana orang itu x menerima cinta korang?
>>> Tak pernah pong....sebab saya tak mudah luahkan cinta kat orang yang saya suka....tapi normally bile saya dah luahkan, rupanya depa pon syok kat saya juga....wa tak pernah bertepuk sebelah tangan woo....hahaha
 
6) Ceritakan pengalaman korang jatuh dan cover malu
>>> Mase kecik pernah jatuh basikal mase naek basikal dengan abang...pastu jatuh dan wat tak taw je sebab mase tu maen dalam kawasan rumah je....xde sape nak heran pon i jatuh....huhuhu...dan pernah sekali jatuh mase kat kolej....jatuh depan lecturer plak tuh...tapi mase tu xde sape2 pon....pas urut2 kaki bangun n pi sapa lecturer tuh....hahahaha

7) Berapa kali korang pernah bertukar menjadi raksasa atas sbb?
>>> Tak pernah plak rase nye seumur hidup saya bertukar menjadi raksasa....hehehe

8) Video klip manakah yg korang rase bila tengok rase nak termuntah jer..
>>> Born This Way by Lady Gaga....pening.....

9) Org manakah yg anda ingin ejek dengan sepuas-puasnye?
>>> Takde sape pon....tak baek ejek orang...huhuhu

10) Bila kali pertama korang mengenal apa itu buaya?
>>> Apa punya soklan la ni....hehehe....mase sekolah rendah bile start maen buaya duduk.....pastu trus google image ape itu buaya...hahaha.....tipu jew.....hehehe....entah la bile mule mengenal buaya....sedar2 dah kenal....hahahaha

11) Habiskan ayat ni....saya*** mengtakan soklan ni sungguh~ soklan ni semua sungguh unik dan memeningkan kepala saya untuk menjawabnye....hehehe


ok la
sume soklan saya dah jawab
tapi saya xmo tag pon dekat sape2 benda alah ni
tak kuasa dah
hehehe

p/s : sebenarnya rini nak update pasal something tapi bile perasan di-tag dengan soklan2 ni sume, makanya xsempat dah nak wat entri baru...nnt2 free la... :)

till then.....take care people....May Allah Bless Us All....

Friday, October 14, 2011

Bila Dah Takde Barulah Sedar Pentingnya Dia

Assalamualaikum Semua

dah lama rasa nya blog ni tak di-update-kan
nak kata saya sibuk, memang tak laa
nak kata saya kering idea, pon tak juga
ada je benda yang saya rasa nak share di sini
dah tu kenapa tak de update juga ye ???

actually
saya kurang mood nak menaip 
walaupon dalam pale otak ni macam2 cerita nak share dengan u'olls

recently
saya risau dan banyak berfikir serta berdoa
moga Allah mudahkan setiap urusan saya
saya kini dalam perancangan untuk sesuatu yang saya kira perlu perancangan yang teliti
keputusan yang tidak boleh dibuat tanpa berfikir panjang
tapi kini keputusan telah saya buat
dan saya nampak jalan nya semakin cerah
mudah2an Allah mudahkan sampai ianya terlaksana
Aminn

recently juga
saya sering terkenangkan seorang sahabat saya yang telah dulu pergi mengadap Ilahi
saya pernah buat entry pasal dia di sini
setiap kali lepas solat 
kenangan bersama dia selalu singgah di benak saya
ye
saya akui
saya rindukan dia barangkali

rasa macam semalam je baru kenal dia
sama2 pergi kelas
sama2 pergi masjid
pergi beli makan sama2
pergi library sama2
tido sama2

semalam sebelum tido saya terasa lapar
pergi dapur amik roti gardenia
ngadap roti kosong depan tv
teringat plak masa sebilik dengan arwah dulu 
dah nak tido dah masa tu
tapi sebab lapar, kami bangun ngadap roti kosong
abis gak 4 keping
sambil sembang dengan dia
sebelum tido memang itu rutin kami
sembang

tapi semua tu kenangan je laa
dia pon dah takde
satu je yang saya terkilan
sejak saya dah start kerja, saya tak penah jumpa dia dah
sebelum saya kerja, kami selalu lepak sesame
dia la yang akan belanja saya sebab dia dah kerja masa tu
saya belum kerja jadi tak dapat nak belanja dia
tapi bila saya dah kerja
saya takde kesempatan nak belanja dia
itulah satu2 nya perkara yang sangat saya terkilan

masa semester akhir pon saya ada krisis dengan arwah
tapi Alhamdulillah
Allah bantu saya rendahkan ego saya dan saya minta maaf pada dia atas semua kesilapan saya
dan dengan senang hati dia maafkan saya

lately
saya selau teringat gengaman tangan dia
arwah seorang yang tak tahan sejuk
manakala saya seorang saya yang sangat sukakan kesejukan
masa kami camping tepi pantai
arwah jadi sakit sebab sejuk sangat kat situ
saya ingat lagi
dia akan amik tangan saya 
dan kemas2 dia genggam tangan saya
kata nya tangan saya panas
saya pon jawab
mestilah panas....i kan mamalia...berdarah panas..hehehe
kami sama2 senyum to one another

saya memang punya ramai kawan
tapi seolah-olah saya tak punya kawan yang sudi dengar masalah saya
lagipon saya memang tak suka bebankan orang dengan masalah saya
tapi arwah dengar masalah saya
yes
she did
and that pleased me a lot
tapi kini
yang tinggal untuk dengar masalah saya hanyalah Aliff Redzwan
tu pon kadang2 suka kutuk saya
bagi saya memang lain jadinya
kalo masalah diluahkan pada kawan yang berlainan jantina
depa tak paham sangat kadang2
kawan yang sejantina pon tak bape nak layan masalah kita
tapi masalah depa kemaen lagi dok hadap kat kita
bukan saya nak kutuk kawan2 saya 
tapi memang itu yang terjadi kat saya
kalo depa dengar pon depa wat tak endah
tapi kalo masalah depa siap minta kita pikir solusi lagi
adooiiii

sebab tu saya selalu hadapkan masalah saya pada Sang Pencipta Cinta
Dia yang jadikan saya di muka bumi ini
maka hanya Dialah yang sentiasa ada untuk saya
walaupon jam 3.00 pagi
Dia sentiasa ada untuk saya hadapkan kedukaan saya
Dia Maha Mendengar
Maha Pengasih
Maha Penyayang

Ya Allah
Kau cucurilah rahmat ke atas roh sahabat kami
semoga dia ditempatkan bersama hamba2Mu yang beriman
Amiinn

Ya Allah
Kau peliharalah kami 
lindungilah kami dari segala perkara yang tidak elok buat kami
sesungguhnya hanya Kau yang tahu apa terbaek buat kami
bimbinglah kami ke jalanMu Ya Allah
dan jauhkanlah kami dari azab api nerakaMu
serta dekatkanlah kami dengan nikmat syurgaMu
Aminn Ya Rabbal Alamin

till then....take care people...May Allah bless us all...

Friday, September 30, 2011

Assalamualaikum Semua

pernah tak korang minat mane2 selebriti sampai korang berangan2 nak kawen dengan diaorang ??
hehehehehe
well
saya pernah !!!!!!
*tanpa segan silu saya mengaku*
hehehehehe 

ni kisah lame sebenarnye
mase tuh saya form 3 
tahun 2004
mase tuh kumpulan tuh baru tubuh
dan saya minat laa sangat2 kat vokalis kumpulan tuh
bukan minat2 siket2 taw
minat sangat2
sangat2

mase high school dulu saya x ramai kawan rapat
cuma ada sorang yang betul2 rapat dengan saya
dengan dia la saya cerita 
saya cerita betapa saya minat kat vokalis kumpulan tuh
sampai saya berangan nak kawen dengan vokalis tuh
hahahahahaha
over gila tahu

mase tu saya umur 15 
dan vokalis tuh umur 31
16 tahun lebih tua dari saya
hahahahaha
ade aku kesah ????!!!!!
hehehehe

lepas tu saya tak tahu kenapa saya dah tak layan sangat kumpulan tuh
segala perkembangan depa pon saya tak amik tahu dah
tak taw nape macam tuh
tapi kalo ade terdengar lagu baru diaorang, saya layan semacam je
hehehehe

recently saya teringat balik kat vokalis kumpulan tuh yang saya minat sangat2 tuh
saya jadi ingat balik kat dia sebab saya ade kenal orang yang saya rasa iras sangat dengan muka dia
hehehe
so saya pon google image gambo dia
terkejut beruk saya tengok ade gambo kawen dia
alaa
bile dia kawen ????
nape saya tak tahu ????
dan hasil perkahwinan dia tuh, dia dah dapat sorang baby pon
i'm kindda happy for him
huhuhuhu

dan sekarang saya semakin selalu layan lagu2 dia
banyaknye lagu lame2 diaorang laa
tapi kalo saya tak silap diaorang pon ade release album baru
dan lagu baru tu pon memang superb laa

kadang2 saya rase macam saya dok layan balik lagu dia pasal saya nak ingat kat someone yang macam dia tuh
some1 that i met yang i rase macam iras2 dia
seriously laa
saya harap saya dapat la jupe lagi someone yang saya baru kenal ni
yang macam vokalis yang saya minat gile tuh
insyaAllah

ni saya kasi korang layan sket lagu terbaru diaorang ye
enjoy !!!


















bawah lagi .....
nak kasi suspen sket ......
huhuhuhu


































dia sangat awesome ....!!!!!
huhuhuhuhu


till then.....take care people.....God Bless.....

Wednesday, September 28, 2011

Baikkah perkara itu ??

Assalamualaikum Semua

it's been a while since the last time i update blog
nak kate busy, mamang langsung tak
cume i'm not in a mood nak update
dan ketandusan idea 

kehidupan i sekarang adalah sama seperti dulu
sama seperti selalu
setiap urusan hari2ku sentiasa dipermudahkan oleh Yang Maha Kuasa
Alhamdulillah
sesungguhnya Dia sentiasa ada bersama hamba2Nya

kadang2 i selalu terfikir
i've been asking too much
tapi ape yang i beri tak setimpal dengan apa yang i minta

tanpa segan silu
apa pun i nak i akan minta
minta dan terus minta
tapi at the end of the day
i tak dapat pon ape yang i minta
wajar ke untuk i berasa marah
wajar ke untuk i berasa kecewa
wajar ke untuk i berasa putus asa

sebab i sebenar nye tak tahu ape yang i minta tu baek ke tidak untuk i
seriously i tak tahu
ape yang i tahu is i akan minta ape saja yang i rase mahu
tapi sebenarnye i tak pernah tahu pon baek ke tidak perkara yang i minta tuh
mungkin itu perkara yang baek
tapi belum tentu baek untuk i
ye tak ???
sesungguhnya Dia je yang tahu ape yang terbaek untuk kita selaku hambaNya

currently i wish for something
dengan ade nya that something, insyaAllah orang di sekeliling i akan berasa gembira
tapi itu yang i nampak
bagaimana pula dari sudut pandanganNya ??
adakah permohonan i tu baek hasilnye kalau dikabulkan ??
hanya Dia je yang tahu
tapi selagi takde jawapan, i akan terus memohon agar dipermudahkan oleh Yang Maha Kuasa
hanya Dia yang berkuasa untuk memakbulkan setiap permintaan hamba2Nya
insyaAllah



till then....take care people.....God Bless....


Monday, September 12, 2011


Saya akan cuba untuk jadi pendengar awak yang paling setia

Saya akan cuba untuk tenangkan awak di saat awak tertekan

Saya juga akan cuba untuk sentiasa ada untuk awak di saat awak memerlukan saya

 InsyaAllah

Saya rasa bahagia bila awak cari saya untuk luahkan masalah awak

Walaupun saya tak dapat bantu, saya harap doa saya boleh tenangkan awak

InsyaAllah


tapi bagaimana

Assalamualaikum Semua

it's been few days since i last jupe dia....
pasni pon tah bile.....
andai ada waktu untuk kite bertemu lagi.....

tapi saya tak tahu nape saya ingat sangat kat dia....
sangat2 ingat kat dia......
2 bulan kami kenal.....
masa dihabiskan bersama......
tak selalu....
tapi ada ketika nye......
dan saat itu sangat manis untuk dikenang.....
sangat sulit untuk dihapus.....

dan sekarang bila saya cuba untuk hapuskn dia dari ingatan saya
saya tak mampu
terlalu banyak kekuatan yang perlu saya kumpul to make it happen
tapi saya juga yakin
perasaan ini akan pergi dengan sendiri nye bila saat nya tiba
dan saya pasti saat itu akan tiba tak lama lagi
maka
saya cuba nak hayati saat2 sekarang ni
saat2 saya terlalu ingatkan dia

saya tahu saya bukan sape2 pada dia
langsung tak beri kesan pada hidup dia
saya yakin dan pasti tentang itu
tapi biarlah saya tetap mengenang dia
kerana dia juga lah saya adalah saya yang sekarang ini

mana mungkin bisa saya lupa jasa dia pada saya
jasa yang saya kira tak kurang besar nye
jasa yang insyaAllah saya akan ingat smpai bile2

mana nak cari seseorang yang sanggup tahan kerenah kita
mana nak cari seseorang yang tanpa jemu membimbing kita
mana nak cari seseorang yang tahan disoal bertubi-tubi
mana nak cari seseorang yang sanggup luangkan masa untuk kita tak kira bile pon
mana nak cari seseorang yang buat kite rasa selesa bersama walaupon baru jumpe
mana nak cari seseorang yang sudi layan setiap tingkah laku kita

dalam diri dia saya jumpe seseorang itu
seseorang yang sanggup tahan kerenah saya
seseorang yang tanpa jemu membimbing saya
seseorang yang tahan disoal bertubi-tubi
seseorang yang sanggup luangkan masa untuk saya bila2 pon
seseorang yang buat saya rase selesa bersama walaupon baru jumpe
seseorang yang sudi layan setiap tingkah laku saya

ya Allah
kenapa saya ade perasaan seperti ini
satu perasaan yang saya rasa adalah tidak wajar untuk saya rasakan

ya Allah
pelihara hatiku dari terus hanyut memikirkan dia
tak layak ku terusan memikirkan dia sehingga mengabaikan pencarian cintaMu

ya Alah
bimbing hatiku
tabahkan aku melalui semua ini

Aminn


kau buat aku teruja
kau buat aku tertawa
terbit rasa tersembunyi beku

hingga rasa cemburu
seperti pasangan
kekasih yang hangat bercinta

dan tak sanggup berpisah
walau hanya sekejap
aku sangat merindui kau
senang sekali kau ada

bagaimana harusku katakan padanya
dia yang ada seperti tiada
dengan dia cinta jadi sebuah ritual
haruskah ku kejam demi rasa
tolong lepaskan aku dari sengsara


till then....take care people.....God Bless.....




Sunday, September 11, 2011

jika kami untuk satu sama laen

Assalamualaikum Semua

semenjak raya yang tah ke berapa saya tak ingat dah, saya rase sesuatu yang tak elok.....
saya bimbang jika sesuatu menimpa dia.......
entah kenapa hati saya sering saja memikirkan perkara2 yang tak elok akan berlaku pada dia......
lalu saya mesej dia dengan harapan dia akan membalas mesej saya dan sekali gus menyatakan yang dia okey2 saja.....
namun, tiada jawapan dari dia.....
saya mula risau.......risau sangat sambil memikirkan pelbagai andaian negatif.....
tapi yang heran nya, saya tak de plak amik inisiatif untuk telefon dia dan bertanya khabar.....
okey....meh sini saya nak beritahu......
saya tak suka telefon dia......
jujur......saya tak suka telefon dia.......
sebab setiap kali saya telefon dia, mesti timing tuh tak kena.....
dia tengah ade kerja laaa......
dia tengah kat luar dengan kawan2 dia laaaa.....
dan seribu satu macam keadaan lagi laa.....
sebab tuh saya tak suka nak call dia.....
so i let him do the calling......
hehehehe

dan tanpa saya duga, dia call saya pagi tadi......
right before saya kuar dengan parents saya.......
tapi semalam saya ade write something on his wall.......
saying how much i felt worry about him keeping himself away from me.....
tapi saya rase dia tak sempat baca lagi ape saya tulis tuh.....
sebab dia takde mentioned pape pon pasal tuh.....
so bile dia dah call tuh, banyak la yang kitaorang cakap kan.....
sampaikan saya terpaksa sambung perbualan kami dengan menggunakan nombor celcom saya.....
hehehehe
dia heran la sape yang call dia pakai nombor celcom......
well....it's me la bebeh.....
hehehehe
dia soal nape saya tak beritahu dia yang saya ade nombor celcom......
actually, xde sape taw saya ada pakai nombor celcom gak.....
jadi xleh la nak persoalkan kenapa dia xtaw pasal nombor celcom saya.....
hehehe

sebelum raya, dia cakap dia nak datang kuantan cuti raya nanti.....
nak jumpe kawan2 dia.....
dan juga saya.......
maka nye, setiap hari bermula 1 Syawal, saya menanti kehadiran dia.....
tapi bayang dia pon saya tak nampak......
jadi nye, saya terasa sedey la juga.......
tapi saya nasihati diri saya.....
nape perlu saya rase sedey tanpa kehadiran dia......
sedangkan ketidakhadiran dia langsung tidak memberikan sebarang kesan buruk dalam hidup saya.....
tapi mulut saya ni tetap nak beritahu dia pasal penantian saya......
ternyata dia terkejut bila dapat tahu yang saya menantikan kehadiran dia.......
haa.....baru awak taw betapa saya amik serius dalam hal ni...??
namun, dia punya alasan yang saya dapat terima dengan baek......
dia sibuk sangat time raya hari tuh.....
sampaikan jumpe kawan2 lama pon dah tak sempat......
ape tah lagi saya....... ;(
terlalu ramai saudara mara yang mengadakan kenduri sepanjang raya hari tuh.....
ya.....saya faham.....
biase la tuh......
time cuti2 camni la orang nak kawen......
orang nak bertunang.......

dia kate dia sibuk hadiri majlis perkahwinan saudara dia laa......
majlis pertunangan saudara dia laa.......
tah kenapa tibe2 saya bertanya......

sibuk dengan majlis pertunangan awak sendiri lagi....kan...??
hehehe

lantas dia menjawab......

macam saya nak bertunang......
saya belum melamar awak lagi......

masyaAllah.......
saya tibe2 jadi terkejut dengan jawapan yang dia bagi.....
sungguh.......
bukan nye sebelum ni dia tak penah cakap pasal benda2 camtuh......
tapi tah kenapa tadi bunyi nye laen......
lebih serius daripada biase......
dia juga ade bercakap tentang perancangan dia.....
perancangan dia untuk bercuti bersama keluarga dia.....
dan dia harap saya dapat join percutian mereka nanti...insyaAllah.....

weyh......
segan gile kot.....
saya tak penah jupe famly dia dan tak merancang untuk jupe mereka lagi.....
saya takut laa bile bab2 jumpe famly nih....
like serious gile kan.....
tapi itu hanya perancangan dia semata....
kalo ade rezki, jupe laa saya dengan famly dia nanti.....
insyaAllah.....
tapi....ape tanda nye kalo lelaki bawa perempuan yang disukainye berjumpe dengan keluarga nye...??
^___^

pape pon, korang sume la tolong la doa untuk kami.....
mane taw berkat doa korang, jadi lah kami.......
kan ke doa kawan tuh, mudah makbul di sisi Allah......
kite kan kawan......
 hehehehe
dan moga juga hati saya tak cepat melatah dengan semua keseronokan ni.....
yang mungkin akan cepat melalaikan saya hingga saya jatuh tersungkur.....
Naudzubillah.....
mohon doa kalian semua ya.....
Aminn......




saya rase lagu ni sesuai untuk dia...huhu


till then......take care people.....God Bless......

  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...