nuffnang

Thursday, July 14, 2011

T U L I S A N

Assalamualaikum Good People

wah...wah...wah....lately kemain lagi aku update blog ek....huhuhu...biase la kn...ble xde kje dan ade benda nak share, ni la padah nye....huhuhu....lagi pon, biase la kn...sy budak baru belajo....tahap ke-excited-an pon mmg meluap-luap....hiihiihii

so....arini saya aku, nak share pasal tulisan....alaaa...macam la korang xpenah menulis.....aku taw la korang ske menaip tapi ade mase nye kita tetap akan menulis....ye dok...??so marilah kita sama-sama mengenal jenis tulisan kita......

TEKANAN

:: Tekanan yang kuat ::
<< sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif >>

:: Tekanan yang ringan ::
<< kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit >>

BENTUK TULISAN

:: Tulisan yang bulat-bulat ::
<< emosional, prihatin, pengasih, penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif) >>

:: Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper ::
<< rasional, bekerja dengan sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical) >>

KECONDONGAN

:: Condong ke kanan ::
<< extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dengan orang lain, peramah, suka bercampur dengan orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah >>

:: Condong ke kiri ::
<< introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka bercampur dengan orang >>

:: Tegak ::
<< sistematik, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah >>

:: Campur-campur ::
<< emosi tak tetap mcam remaja yang tak cukup umur atau macam orang perempuan yang tengah period >>

KERAPATAN

:: Jarang-jarang ::
<< tak suka bercampur dengan orang, kurang mesra dan sedikit boros >>

:: Rapat-rapat ::
<< suka bercampur dengan orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut >>

PADA HURUF J, G, Y, Z ADA EKOR

:: Besar, panjang dan sempurna ::
<< tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih dan penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan >>

:: Kecil, pendek, dan tak sempurna ::
<< tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang, walaupun sayang itu banyak dalam diri >>

PADA PALANG HURUF KECIL T (t)

:: Tinggi ::
<< tahap aspirasi tinggi >>

:: Tengah-tengah ::
<< usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana >>

:: Rendah ::
<< mudah berpuas hati, bercita-cita rendah >>

RUMUSAN

Tulisan mencerminkan peribadi. Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup. 

sumber : Mengenal Personaliti Diri, Metafora Training & Consultant, m/s 14

so...tulisan korang sume cane....???same x dengan personaliti korang.....huhuhu


till then.....take care people.....God Bless....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...