nuffnang

Monday, August 8, 2011

LATIH TUBI SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum Semua

Matahari mula terbenam, langit mula kelihatan merah dan azan Maghrib pula berkumandang sayu....
Allahuakbar Allahuakbar!!

Muazin masih setia menunaikan tugas Bilal bin Rabah, mengajak umat Islam menunaikan solat dan menuju kejayaan.....
Syaitan tidak lagi bebas dek dirantai.....
Bermula lah hari baru 1 Ramadhan.....

Sebaik sahaja bermula Ramadhan, biasanya jarang-jarang ada lagi Muslim yang masih diluar rumah dan pulang lewat.....
Rata-rata akan memastikan diri sudah berada di rumah......
Sekelip mata sahaja, masjid-masjid dan surau-surau akan dipenuhi jemaah yang bersedia mengalukan kedatangan Ramadhan dengan solat terawih....

Sedar atau tidak, sebenarnya sepanjang Ramadhan kita banyak melakukan latih tubi......
Latih tubi ialah ibadah yang dilakukan secara mendadak dan berterusan sepanjang sebulan secara insentif.....
Kini rutin biasa berubah menjadi luar biasa......

Antara ibadah yang bersifat latih tubi ialah:

  • Puasa dengan menahan lapar dan dahaga
  • Solat sunat seperti Tarawih, Witir, Tahajud dan sebagainya
  • Melazimkan solat berjemaah di masjid atau surau
  • Membaca al-Quran dan bertadarus
  • Iktikaf
  • Berzikir
  • Menambah ilmu melalui pelbagai medium
  • Bangun awal, seawal jam 5 pagi untuk bersahur
  • Mengurangkan hiburan
  • Banyak bersedekah
  • Beribadah bersungguh-sungguh pada 10 malam terakhir Ramadhan
  • Menunaikan zakat fitrah   

Seperti mana latih tubi intensif bagi menghadapi peperiksaan, maka latih tubi pada bulan Ramadhan adalah persediaan untuk kita menjadi Muslim yang lebih bertakwa, manghadapi hari-hari yang penuh cabaran dan ujian selepas Ramadhan nanti......
InsyaAllah......


sumber: Solusi Edisi Khas Isu #34 Telaga Biru Sdn. Bhd.



till then.....take care people.....SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA....n God Bless.....

Sunday, August 7, 2011

D O A #2

Assalamualaikum Semua


dah lama saya tak share doa dengan korang kan....???
cheh....!!!!! macam la selalu wat entry pasal doa......
ni pon insyaAllah doa yang kedua.......
huhuhuhu

doa yang saya nak share hari ni is doa yang saya selalu baca.....
memang saya tak tinggal baca doa ni.......
pasalnye doa ni juga dalam ade Mathurat yang saya baca......
jadi saya nak share la dengan korang2 semue....

Abu Said al-Khudri r.a berkata :

" Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w masuk ke masjid dan didapatinya seorang lelaki Ansar yang dikenali dengan nama Abu Umamah. Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya yang bermaksud: 
"Wahai Abu Umamah, aku lihat kamu berada di dalam masjid bukan pada waktu solat, apakah sebabnya?"
Jawabnya:
"Aku ditimpa rasa dukacita dan banyak hutang, wahai Rasulullah."
Baginda bersabda yang bermaksud:
"Mahukah aku ajarkan kepada kamu bacaan yang apabila kamu membacanya nescaya Allah hilangkan dukacita yang engkau rasa dan menyelesaikan hutang kamu itu"
Jawabnya:
"Mahu ya Rasullullah."
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Bacalah pada waktu pagi dan petang doa ini."
Abu Umamah r.a berkata:
"Setelah aku membacanya hilanglah dukacita dan tertunailah hutangku."

Hadis riwayat Abu Daud (1555) "Hasan". Lihat Takhrij al-Azkar (68)

inilah terjemahan doa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w kepada Abu Umamah r.a:

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada rasa susah dan dukacita. 
Aku berlindung denganMu  daripada sifat lemah dan malas.
Aku berlindung denganMu daripada sifat penakut dan bakhil.
Aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang lain.
Aminn.


jadi kawan2, marilah kita same2 amalkan doa yang diajarkan oleh Junjungan Besar kita, Rasulullah s.a.w....
dalam bulan Ramdhan yang barokah ni, kan baek kalau kita banyakkan berdoa.....
insyaAllah dimakbulkan Allah s.w.t.......
:)







till then.....take care people.....SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA....n God Bless....

GILIRAN SAYA

Assalamualaikum Semua


semua orang tahu arini adalah hari sabtu.........
orang bekerja seperti saya mestilah berasa seronok kerana cuti.....
yaaaahhhhhoooooo.....!!!!!!
dan tiba lah giliran saya untuk memasak untuk juadah berbuka puase.....
hehehehe

since semalam saya terasa seperti nak makan something yang dah lame x makan.... 
iaitu MEE GORENG LADA HITAM.....
ni adalah feveret saya since tadika lagi taw......
tapi mase tadika dulu, tak penah terpikir plak nk tnye kat mak cik tukang masak tu guane resipi nak wat mee tuh......
jadi nye bile dah tua2 nih, dan berasa nk makan, pandai2 la saya hentam.....
at last jadi juga......
dan rase pon seiras rase mee goreng lada hitam zaman tadika dulu....
huhuhuhu

ni la mee goreng lada hitam yang saya masak tadi...;)

meh sini nak share dgn korang semua resipinye...
;)

Bahan-bahan yang diperlukan:

- bawang merah (3 ulas)
- bawang putih (3 ulas)
- lada hitam (sesuka hati tapi saya suka banyak ;))
- cili giling (1 1/2 sudu)
- isi ayam (ikut suke hati)
- fish ball (pon ikut suke hati)
- sawi minyak/bunga (beberapa tangkai)
- taugeh (lima posen)
- kucai (tiga posen)
- kicap (ikut suke)
- garam + gula secukup rasa

Cara penyediaan:

- tumbuk lada hitam sampai lumat...tambah garam mase menumbuk untuk memudahkan proses tumbukan....
- pastu tumbuk bawang putih dan bawang merah separa lumat
- panaskan kuali dan boleh la mula menumis lada hitam dan bawang yang telah ditumbuk
- pastu jangan lupa masukkan juga cili giling
- agak2 dah garing, naek bau, masukkan isi ayam dan fish ball yang telah dipotong
- pastu masukkan kicap 
- perasakan dengan gula dan garam
- then, masukkan mee yang telah dibasuh dengan air panas
- boleh la masukkan sayur2 tadi (sawi, taugeh, kucai)
- sedia untuk dihidang
;)

very simple kan korang...???
kalau saya, time buke pose nih, mau makan something yang simple macam ni je.....
lauk pauk penuh meja tak perlu lah......
tak kuase rase nye.....
cukuplah dengan something yang simple camni......
less is more......btol x...??
hehehe

~~~ SELAMAT MENCUBA ~~~

p/s: ade kawan2 saya yang tak suke makan sawi sebab sawi pahit....tapi ketahuilah bahawa sawi minyak mahupun sawi bunga adalah tidak pahit...

till then....take care people.....SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.....n God Bless.....

Friday, August 5, 2011

PINANGLAH AKU DENGAN BISMILLAH

Assalamualaikum Semua

tadi saya singgah blog si manis ini.....
suke la blog dia......
sebab dia comey n manis......
macam candy......
huhuhuhu

lagi satu sebab kenapa saya suke blog dia is lagu di sana selalu best2.....
macam sekarang ni sedang berkumandang lagu by ungu feat rossa......
ku pinang kau dengan bismillah......
superb la lagu nih......

memang best la weyh.....
lirik dia sangat la menyentuh hati nurani saya ni......
harapnya suatu masa yang telah ditetapkan Allah s.w.t nanti,
datanglah seseorang yang akan meminang saya dengan bismillah.......
sebab tu lah saya wat tajuk entri ni Pinanglah Aku Dengan Bismillah.....
:)

saya pon dengan sepantas kilat mencari lagu ini di utube.....
dan jumpe lah.......
dan sangat gembira lah saya.......
asyik dok pusing maen lagu nih je.......
xingat dah kat lagu laen.......
hehehehe
mari kita sama2 menghayati lagu yang best ini......
:)


bila dengar lagu ni, rase nak kawen plop.....
tambah2 plop bile ade kawan2 yang dah kawen......
huhuhuhuhu.........
bila tengok kawan2 yang dah kawen ni,
saya pon rase nak kawen.......
tapi saya sedar, jodoh saya belum sampai......
dan saya pon belum sedia.......
tak sampai seru lagi......
tapi every single day, saya akan mohon padaNya
semoga mengurniakan suami yang baek untuk dunia dan akhirat saya.........
Aminnn......
*marilah ramai2 mengaminkan doa saya ni....;)* 



till then......take care people......SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.....n God Bless.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...