nuffnang

Showing posts with label I S L A M I C. Show all posts
Showing posts with label I S L A M I C. Show all posts

Wednesday, November 23, 2011

Mencari IMAN Lebih Baek Dari Mencari CINTA

Assalamualaikum Semua

Jika orang laen sibuk mencari C I N T A , biarlah kita mencari I M A N kerana cinta tak menjaga iman, tetapi iman akan selalu menjaga cinta 

indah bukan kata2 di atas ??
saya pinjam dari kawan fb saya
dan share kan di sini kerana saya rasa saya benar2 terkesan dengan statement tu

saya seorang yang single dari sebarang hubungan romantik
setelah hampir 6 tahun menyibukkan diri dengan dunia ber-couple
akhirnya saya dengan relanya mengakhirinya
tanpa sebarang paksaan mahupun halangan
itu keputusan yang saya buat sendiri tanpa berbincang dengan si dia terlebih dahulu
sebab saya berasakan bahawa ini adalah hidup saya dan biarlah saya memilih jalan yang terbaek untuk saya
walaupun saya tahu akan ada hati yang terluka 
namun saya nekad dengan keputusan saya
I NEED TO END THIS

sebenarnya saya bukanlah membuat keputusan dengan membabi buta
i've done so much thinking
saya juga minta pendapat kawan2 rapat saya
dan mereka hanya mampu menyokong sebarang keputusan yang saya buat
saya ingin mengakhiri perhubungan itu bukan lah kerana saya sedar bahawa ber-couple itu haram di sisi agama
bukan
bukan sebab itu
tapi kerana si dia berada terlalu jauh dari saya dan saya tak suka hubungan jarak jauh
dan saya semakin sedar bahawa saya dah tak boleh nak beri komitmen pada hubungan tu
sebelum saya suarakan keputusan saya untuk mengakhiri hubungan tu
saya sempat berfikir
ANDAI SETELAH PUTUS DENGAN DIA, AKU AKAN SENDIRIAN SEUMUR HIDUP, TANPA CINTA SEORANG LELAKI, AKU REDHA

namun ever since saya putus dengan si dia
saya sentiasa berdoa agar ALLAH kurniakan saya seorang suami yang baek untuk dunia dan akhirat saya
saya mula sedar dan baru tahu sesungguhnya BER-COUPLE ITU HARAM DI SISI ISLAM
saya dah tak perlukan seorang lelaki untuk dijadikan boyfriend

yang kononnya akan sentiasa ada untuk saya

yang kononnya mencintai saya lebih dari segalanya

yang kononnya akan sentiasa menjaga saya

yang kononnya tak boleh hidup tanpa saya

tapi saya perlukan seorang lelaki yang layak bergelar husband

yang pastinya akan sentiasa ada untuk saya

yang pastinya mencintai saya selepas Allah, Rasulullah dan ibubapanya

yang pastinya akan sentiasa menjaga saya

yang pastinya memerlukan saya dalam hidupnya

itu lah yang saya perlukan

A HUSBAND NOT A BOYFRIEND

tapi saya tahu jodoh saya masih dalam perjalanan yang panjang menuju saya
saya yakin jodoh saya sedang mempersiapkan iman nya untuk nanti menjadi imam saya
maka datanglah kesedaran untuk saya juga mempersiapkan diri
seperti dalam firman Allah s.w.t dalam surah An-Nur ayat 26


yang bermaksud :

" (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baek untuk lelaki-lelaki yang baek, dan lelaki-lelaki yang baek untuk perempuan-perempuan yang baek. Mereka (yang baek) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat) dan mereka (yang baek) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah s.w.t) dan pengurniaan yang mulia "

dan juga marilah kita sama2 amalkan doa Nabi Zakaria a.s yang dipetik dari surah Al-Anbiya' ayat 89 


yang bermaksud :

" Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku, hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baek "

juga doa ini yang kini sering menitip di bibir saya :)
di petik dari surah Furqan ayat 74


yang bermaksud :

" Dan juga mereka yang diredhai Allah itu ialah orang-orang yang berdoa dengan berkata : " Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami sebagai penyejuk mata kami. Dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang yang bertaqwa "

jadi apa yang dapat saya simpulkan kali ini adalah
Mencari IMAN Lebih Baek Dari Mencari CINTA
kerana sesungguhnya IMAN dapat melindungi CINTA
sedangkan CINTA tidak dapat melindungi IMAN

janganlah kiranya wujud perasaan berkecil hati kerana tiadanya cinta manusia di hati kita
kerana cinta manusia might lead to no where
asal saja ada cinta dari Sang Pencipta Cinta
itu sudah memberi sejuta rahmat buat kita hambaNya
saya juga bukanlah seorang yang sempurna untuk menasihati kalian 
kerna saya juga manusia biasa yang tak pernah lari dari melakukan dosa 
tapi saya teringat pada satu quotation by Imam Hasan Basri

Sesungguhnya bila aku menasihati kamu, bukanlah bererti aku lah yang terbaek dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.

till then . . . . take care people . . . . May Allah bless us all . . . .  

Monday, August 8, 2011

LATIH TUBI SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum Semua

Matahari mula terbenam, langit mula kelihatan merah dan azan Maghrib pula berkumandang sayu....
Allahuakbar Allahuakbar!!

Muazin masih setia menunaikan tugas Bilal bin Rabah, mengajak umat Islam menunaikan solat dan menuju kejayaan.....
Syaitan tidak lagi bebas dek dirantai.....
Bermula lah hari baru 1 Ramadhan.....

Sebaik sahaja bermula Ramadhan, biasanya jarang-jarang ada lagi Muslim yang masih diluar rumah dan pulang lewat.....
Rata-rata akan memastikan diri sudah berada di rumah......
Sekelip mata sahaja, masjid-masjid dan surau-surau akan dipenuhi jemaah yang bersedia mengalukan kedatangan Ramadhan dengan solat terawih....

Sedar atau tidak, sebenarnya sepanjang Ramadhan kita banyak melakukan latih tubi......
Latih tubi ialah ibadah yang dilakukan secara mendadak dan berterusan sepanjang sebulan secara insentif.....
Kini rutin biasa berubah menjadi luar biasa......

Antara ibadah yang bersifat latih tubi ialah:

  • Puasa dengan menahan lapar dan dahaga
  • Solat sunat seperti Tarawih, Witir, Tahajud dan sebagainya
  • Melazimkan solat berjemaah di masjid atau surau
  • Membaca al-Quran dan bertadarus
  • Iktikaf
  • Berzikir
  • Menambah ilmu melalui pelbagai medium
  • Bangun awal, seawal jam 5 pagi untuk bersahur
  • Mengurangkan hiburan
  • Banyak bersedekah
  • Beribadah bersungguh-sungguh pada 10 malam terakhir Ramadhan
  • Menunaikan zakat fitrah   

Seperti mana latih tubi intensif bagi menghadapi peperiksaan, maka latih tubi pada bulan Ramadhan adalah persediaan untuk kita menjadi Muslim yang lebih bertakwa, manghadapi hari-hari yang penuh cabaran dan ujian selepas Ramadhan nanti......
InsyaAllah......


sumber: Solusi Edisi Khas Isu #34 Telaga Biru Sdn. Bhd.



till then.....take care people.....SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA....n God Bless.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...