Assalamualaikum Semua
Teka-teki Rasulullah s.a.w
Suatu hari, Rasulullah s.a.w telah berteka-teki dengan para sahabat. Baginda bersabda yang bermaksud:
" Daripada pelbagai jenis pokok, ada pokok yang daunnya tidak pernah gugur dan sifatnya seperti seorang Muslim, apakah pokok tersebut? "
Para sahabat cuba meneka dan menamakan pelbagai jenis pokok yang terdapat di lembah-lembah. Abdullah bin Umar yang meriwayatkan peristiwa ini berkata:
" Aku terfikir bahawa jawapannya mungkin pokok kurma, tetapi aku segan untuk bersuara dalam kalangan orang yang lebih dewasa (kerana beliau masih di usia kanak-kanak) "
Para sahabat bertanya:
" Apakah jawapannya wahai Rasulullah? "
Baginda bersabda lagi:
" Kurma "
(Riwayat Muslim no. 5027 dan al-Tirmizi no. 2793)
Demikianlah Baginda sentiasa mempelbagaikan pendekatan tarbiah Baginda dengan mengajak para sahabat agar sentiasa cergas berfikir dan sentiasa mensyukuri nikmat dan pemberian Allah s.w.t.
| kalau ada di antara kita yang tak makan kurma (just like my bro) mari jadikan Ramadhan kali ini titik permulaan untuk merasa sedap nya kurma.... ;) |
sumber : SOLUSI Isu No. 34
till then....take care people.....SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.....and God Bless......